Ringgit Jadi ‘Lubuk’ Pembantaian USD, Susut Ketara Ke Paras RM4.72

234

Ringgit menyaksikan perubahan sedikit berbanding dolar AS pada pembukaan dagangan Selasa kerana sentimen pelabur masih di luar pasaran dan kekurangan pemangkin baharu.

Pada jam 10.35 pagi, ringgit berada pada 4.7200 berbanding USD daripada 4.7190 pada penutup Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal melebihi 105 mata menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 12 Jun nanti.

Keputusan NFP AS menunjukkan bahawa dolar AS kekal di takhta pasaran kerana Federal Reserve (Fed) mengekalkan pengetatan dasarnya untuk lebih lama dan mereka tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedahnya. Ia berbeza dengan keputusan monetari negara Eropah lain.

Dengan itu, ringgit mungkin kekal dalam julat sempit berbanding USD kerana pasaran mengekalkan sentimen berhati-hati menjelang FOMC.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0025/3.0059 daripada penutup Isnin pada 3.0089/3.0117, jatuh berbanding pound Britain kepada 6.0071/6.0135 daripada 5.9943/5.9993, dan susut berbanding euro kepada 5.0801/6.5.0801/6.5.

Mata wang tempatan itu juga diniagakan rendah berbanding rakan setara Asean.

Ia lemah berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 pada penutup semalam, dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4878/3.4917 berbanding 3.4875/3.4907.

Ia juga susut kepada 298.8/290.3 berbanding rupiah Indonesia daripada 289.9/290.3 dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.8299/12.8481 daripada penutup Isnin pada 12.8211/12.8372.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat