Ringgit Kekal Mendatar Berbanding Dolar AS, Hambar Sejak Semalam

98

Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS sejak semalam apabila pasaran memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Januari 2024 untuk melihat apa yang berlaku pada mesyuarat dasar pertama tahun ini.

Selain itu, ringgit juga kurang menunjukkan hasilnya berikutan aktiviti pemangkin tidak terlalu ketara.

Pada 9.05 pagi tadi, mata wang tempatan itu ditambat pada 4.7775 berbanding dolar AS daripada ia ditutup pada 4.7750 semalam.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid berkata tidak banyak pemangkin untuk ringgit meningkat walaupun petunjuk teknikal menunjukkan bahawa mata wang tempatan itu berada pada aliran terlebih jual.

Pendirian monetari Federal Reserve (Fed) yang ketat akan terus menjadi tonggak utama bagi dolar untuk kukuh dalam beberapa tempoh yang lama.

Katanya lagi, Indeks Dolar AS nampaknya mendatar selepas mencapai kemuncaknya pada 104.960 mata pada 13 Februari lalu dan kini ia berlegar sekitar 103.827 mata.

Pasaran kini akan memberi perhatian teliti terhadap inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS yang akan diterbitkan pada Khamis ini.

Buat masa sekarang, para pelabur lebih berhati-hati di saat pendirian dasar monetari Fed yang agak berisiko. Ringgit dijangka akan kekal RM4.77 sepanjang hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun hingga 3.1729/3.1751 dari 3.1696/3.1728 pada penutupan hari Isnin, jatuh ke atas pound British hingga 6.0574/6.0612 dari 6.0552/6.0609 dan tergelincir berbanding 5.182/5.185 dari 5.182 sebelum ini.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.3074/13.3217 berbanding 13.3190/13.3375 semalam.

Bagaimanapun, ia turun berbanding dolar Singapura pada 3.5542/3.5567 berbanding 3.5523/3.5559 pada penutup Isnin, susut berbanding peso Filipina kepada 8.52/8.53 daripada 8.51/8.52 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.06/306. 305.4/305.9 sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat