Ringgit Kekal RM4.75 Menjelang Data Inflasi Amerika Syarikat

204

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini kerana para pelabur kekal berhati-hati menjelang keluaran data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat pada malam ini.

Tepat jam 10.30 pagi tadi, ringgit kekal pada 4.7598 berbanding dolar AS daripada 4.7595 pada Jumaat lepas.

Anggaran konsensus kadar inflasi AS akan menurun lebih rendah pada 2.9% mengikut tahunan pada Januari selepas peningkatan kepada 3.4% pada bulan sebelumnya.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam berkata data CPI Teras akan terus menunjukkan trend disinflasi kepada 3.8% pada Januari.

Beliau percaya bahawa laporan tersebut akan menyokong nilai dolar AS dalam tempoh terdekat.

Katanya lagi, sentimen pasaran buruh yang ketat telah mengaburi pandangan pasaran berkenaan penurunan kadar awal dan konflik geopolitik yang berpotensi meningkatkan harga komoditi serta mendorong inflasi pada masa hadapan.

Walaupun ringgit sudah berlegar-legar pada kedudukan ‘sell’ dari sudut teknikal, para pelabur forex masih bimbang dengan pendirian ketat daripada Fed.

Ringgit kini dijangkakan akan kekal pada pergerakan RM4.75 hingga RM4.77 sepanjang hari ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dunia.

Ia jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.1887/1929 daripada 3.1849/1925 pada penutup Jumaat, susut berbanding pound Britain kepada 6.0108/0183 daripada 6.0017/0156 sebelum ini dan susut juga berbanding euro kepada 5.15290 daripada 5.15290.

Mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Ia lebih kukuh berbanding baht Thailand pada 13.2478/2726 daripada 13.2540/2902 dan lebih kukuh berbanding peso Filipina kepada 8.50/8.53 daripada 8.51/8.55 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu rendah sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.5393/5440 berbanding 3.5342/5429 dan lebih lemah berbanding rupiah Indonesia pada 305.2/305.8 berbanding 304.3/305.2 pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat