Ringgit Kekal Tinggi Di Atas Paras RM4.79, Ramai Rindu Zaman ‘Bossku’?

2,651

Ringgit dibuka tinggi lagi berbanding dolar AS ketika para pelabur melihat butiran Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang telah dikeluarkan awal pagi tadi.

Kejatuhan ringgit terus meraih perhatian warganet selepas bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ‘troll’ satu hantaran ringkas di Facebook pada tahun 2017 oleh Rafizi Ramli di mana ketika itu beliau mengecam paras ringgit yang cecah RM3.80.

Pada tepat jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7900/4.7950 berbanding dolar AS berbanding 4.7920/4.7965 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut sebanyak 0.08% kepada 103.99 selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC tadi.

Katanya lagi, Federal Reserve (Fed) kekal yakin dengan penilaiannya terhadap ekonomi memandangkan pertumbuhan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS kekal teguh di samping penurunan kadar inflasi.

Buat masa ini, ahli FOMC setuju bahawa kadar faedah harus kekal lebih tinggi sebelum mereka yakin bahawa inflasi akan bergerak ke arah matlamat 2%.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.1848/3.1884 daripada 3.1925/3.1957 pada penutup Rabu, tetapi susut berbanding pound British kepada 6.0570/6.0633 daripada 6.0432/6.0489, dan jatuh berbanding euro kepada 5.187/5.187/5. 5.1754/5.1802 sebelum ini.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.3389/13.3584 berbanding 13.3631/13.3816 pada penutup Rabu dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 306.3/306.8 daripada 306.4/306.9.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5661/3.5701 daripada 3.5652/3.5688 pada Rabu dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.56/8.58.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat