Ringgit Mengukuh Berbanding Euro Dan Dolar Singapura

116

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US awal pagi ini berikutan kebimbangan pelabur terhadap ujian nuklear Korea Utara semakin reda.

Unit ringgit didagang pada paras RM4.2055 berbanding dolar, naik 0.18% berbanding penutupan RM4.1950 semalam setakat jam 12.30 tengahhari.

Perhatian pelabur beralih semula kepada dolar selepas Korea Utara mengakhiri sambutan ulangtahun penubuhan negara tanpa menjalankan sebarang ujian nuklear yang baru, membantu meningkatkan permintaan terhadap aset berisiko dan dolar US.

Ringgit turut melemah berbanding pound sterling dengan GBP/MYR naik 0.09% kepada RM5.5406.

Walau bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding euro dan dolar singapura dengan pasangan matawang EUR/MYR jatuh 0.35% kepada RM5.0271 dan SGD/MYR susut 0.05% kepada RM3.1246.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat