Ringgit Merekodkan Penurunan Selama Lapan Hari Berturut-Turut

108

Ringgit Malaysia meneruskan tren penurunan pada hari ini mencecah RM4.4068 semasa artikel ini ditulis. Hal ini beriukutan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Rizab Persekutuan U.S. (The Federal Reserve) semalam yang menyatakan ekonomi U.S. pada ketika ini cukup kukuh yang dibantu oleh pasaran buruh yang semakin baik.

Kejatuhan Ringgit boleh dilihat dari dua aspek iaitu kesan luaran (external factor) dan kesan dalaman (internal factor). Kesan luaran bermaksud di luar kawalan BNM seperti faktor spekulasi di luar negara, pengukuhan US dolar atau polisi kerajaan U.S. dan banyak lagi. Jika kita mengambil faktor politik yang berlaku di U.S. sebelum ini, kemenangan Trump telah banyak mengukuhkan nilai US dolar kerana para pelabur melihat beliau mampu meningkatkan ekonomi U.S. di masa hadapan.

Faktor keyakinan pelabur inilah menyebabkan mereka membeli US dolar untuk pelaburan mereka di Amerika. Hal ini lah yang menyebabkan US dolar menguat berbanding kebanyakan matawang di dunia. Selain itu faktor ekonomi global yang perlahan dan juga ucapan optimis oleh Pengerusi The Fed Janet Yellen semalam juga perlu diambil kira.

Manakala faktor dalam ialah sentimen pelabur terhadap ekonomi Malaysia. Umum mengetahui banyak berita negatif yang melibatkan syarikat Malaysia di luar negara dan yang terbaru Jabatan Kehakiman U.S. (DOJ) yang sedang membuat penyiasatan terhadap syarikat 1MDB. Pelabur melihat hal ini sebagai ketidakpastian yang mampu memberikan risiko kepada pelaburan mereka di Malaysia.

Pada Jumaat lepas kita juga dikejutkan dengan kejatuhan Ringgit yang drastik sehingga mencecah RM4.53. Rupiah Indonesia juga mengalami kejatuhan pada minggu lepas atas sebab kesan serantau yang dinyatakan oleh Ketua Kewangan PT Bank Central Asia, Branko Windoe.

Ringgit Malaysia yang turun lapan hari berturut-turut:

Sumber: Trading View
Sumber: Trading View

Pun begitu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil langkah bagi membendung turun naik (volatility) dalam pasaran pertukaran asing. BNM pada Jumaat lepas telah menggunakan mandat yang ada mengarahkan bank-bank di Malaysia agar mengambil langkah-langkah sementara untuk mengurangkan ketaktentuan nilai Ringgit.

Ketua penyelidik Mercury Security Sdn Bhd, Edmund Tham, berkata walaupun bank pusat mengatakan kadar dalam negeri (on-shore) bagi Ringgit merupakan harga rujukan yang betul, dan meminta bank-bank berlesen tempatan menghindari daripada melakukan urus niagaringgit luar pesisir seperti NDF, ringgit terus saja menyusut.

Dagangan di NDF biasanya dilakukan di luar negara (off-shore) bermaksud di luar pasaran negara itu. Hal ini boleh menjadi illegal, tetapi undang-undang ini tidak boleh digunapakai di luar pasaran negara tuan rumah itu.

Tambah Edmund lagi, beliau mengatakan kita perlu melihat tindakan BNM seterusnya untuk menstabilkan nilai Ringgit. Kejatuhan ini disebabkan tekanan kepada penjualan Ringgit dan kesan serantau terutamanya pasaran negara pesat membangun (emerging market) yang disebabkan faktor pengukuhan US dolar.

“Situasi ini perlu dikaji, dan BNM diharap bertindak memandangkan tidak ada yang dapat dilakukan oleh orang ramai,”. Katanya kepada BERNAMA.

 

Ucapan Optimis Yellen Menguatkan Dolar US

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat