Ucapan Optimis Yellen Menguatkan Dolar US

33

Dalam ucapan bertulis semalam (18 November) di Congressional Joint Economic Committee, Pengerusi Federal Reserve (Bank Pusat U.S.) Janet Yellen menyatakan, keputusan untuk menunggu lebih banyak bukti-bukti dalam data ekonomi sebelum menaikkan kadar faedah (Fed Fund Rate) bukanlah disebabkan kurangnya keyakinan The Fed kepada ekonomi U.S. Tetapi ini disebabkan, The Fed melihat pasaran buruh U.S. boleh meningkat lagi dengan kukuh sepertimana yang telah dijangdkakan awal tahun ini.

Menurut Yellen, pihak The Fed masih lagi bersifat Forward looking (melihat data-data di masa depan) dan penangguhan kenaikan kadar (Fed Fund Rate) lebih lama menjadikan polisi lebih ketat (tighten policy). Hal ini sebenarnya untuk mengelakkan polisi ekonomi melebihi (overshooting) sasaran jangka panjang yang telah ditetapkan.

Selain itu, mengekalkan kadar pada paras semasa lebih lama juga akan menyebabkan meningkatkan risiko dan melemahkan kestabilan kewangan U.S.

Yellen dalam ucapannya dilihat begitu optimis dengan keadaan ekonomi dan jangkaan-jangkaan pertumbuhan ekonomi pada masa ini yang semakin baik berbanding pada awal tahun.

Dari segi inflasi, kadar bagi keseluruhan harga pengguna telah meningkat tetapi masih di bawah kadar sasaran 2% iaitu 1.25%. Kadar inflasi yang rendah ini banyak disebabkan oleh harga tenaga dan import bukan tenaga yang rendah. Core inflation pula sedang menghampiri kadar 1.75% berikutan pasaran buruh yang semakin kukuh, Yellen menjangkakan inflasi akan meningkat kepada 2%

Menurut Yellen, disebabkan polisi monetari adalah sederhana akomodatif (moderately accommodative), risiko adalah agak kurang bagi The Fed.

Ucapan Yellen ini agak retorik yang bermaksud The Fed mampu bergerak pantas dalam pengetatan polisinya dan komen beliau juga bermaksud kenaikan kadar pada Disember adalah pasti kecuali berlaku peristiwa besar yang menghalang perkara ini.

Pun begitu, Yellen mengatakan dia akan terus berkhidmat dalam jawatannya sehingga tempohnya tamat sebagai Pengerusi The Fed.

Yellen juga mengatakan peningkatan dalam pasaran pada masa ini sejak pilihanraya Presiden menggambarkan jangkaan pasaran kepada pengembangan polisi fiskal. Beliau juga mempertahankan kebebasan The Fed dan mandat yang ada adalah untuk rakyat Amerika.

US dolar meningkat selepas ucapan optimistik Yellen dengan Eur/Usd menjejaki paras terendah pada harga 1.0660.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat