Ringgit Merosot Lagi Cecah RM4.76, Dijangka Akan Memulih Hari ini?

159

Mata wang ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi dijangka akan memulih sedikit pada hari ini disebabkan oleh sokongan daripada ekonomi China yang merangsang dengan lebih kukuh.

Tepat jam 9.00 pagi tadi, ringgit berada pada paras 4.7590 berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.7570 semalam.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata kerajaan China berkemungkinan akan mendedahkan rangsangan ekonominya di saat berlakunya kejatuhan bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

Sebilangan besar data Indeks Pengurus Pembelian di China menunjukkan bahawa ekonomi utama masih bertahan dengan baik terutama sekali sektor perkhidmatan.

Katanya lagi, disebabkan ringgit dalam keadaan terlebih jual. Beberapa pembetulan dijangka mungkin akan memulihkan mata wang tempatan itu berbanding dolar AS hari ini.

Walau bagaimanapun, ringgit kini didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia susut berbanding yen Jepun, euro dan juga pound Britain.

Mata wang tempatan itu juga turut melemah berbanding kebanyakan mata wang Asean. Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia.

Namun, ia susut berbanding dolar Singapura, baht Thailand dan juga peso Filipina.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat