Ringgit Sambung Kejatuhan Sejak Minggu Lepas, Kekal Atas RM4.70

117

Ringgit dibuka rendah lagi berbanding dolar AS di saat beberapa kumpulan mata wang lain bergerak positif. Kini, para pelabur lebih tertumpu pada dolar AS berikutan kebimbangan terhadap ekonomi global dan data ekonomi AS penting pada minggu ini yang mungkin mempengaruhi jangkaan kadar faedah di Amerika Syarikat.

Tepat jam 10.15 pagi tadi, ringgit berada pada paras 4.7240 berbanding dolar AS daripada ia ditutup pada 4.7280 semalam.

Menurut Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata situasi pasaran pertukaran mata wang asing didagangkan dengan berhati-hati menjelang kemunculan beberapa data ekonomi AS yang boleh mempengaruhi jangkaan pemotongan kadar faedah pada Mac.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Afzanizam berkata kadar inflasi Malaysia pada 2023 rendah ke nilai 2.5% berbanding tahun 2022 iaitu 2.3%.

Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia mungkin akan mengekalkan kadar dasar semalaman yang stabil kerana pendirian dasar monetari boleh dianggap terhad disebabkan kadar faedah sebenar kini berada 1.5% untuk Disember.

Minggu ini juga pasaran sibuk dengan keputusan dasar monetari oleh Bank of Japan (BoJ) pada hari ini dan keputusan dasar monetari Bank Pusat Eropah esok.

Sementara itu, mata wang tempatan itu didagangkan agak sugul berbanding beberapa kumpulan mata wang dunia dan Asean.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat