Ringgit Semakin Kukuh, Kekal Pada Paras RM4.66

145

Pagi tadi, Ringgit Malaysia (RM) melanjutkan pengukuhannya semalam dan ia dibuka tinggi berbanding dolar AS pada saat berlakunya kemerosotan dan hasil Treasury AS yang rendah.

Tepat jam 10.20 pagi, ringgit kukuh pada paras 4.6682 berbanding penutupan semalam pada nilai 4.6785.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam berkata bahawa hasil Treasury AS dua tahun dan 10 tahun turun sebanyak 6.0 mata asas kepada 4.89% dan 8.0 mata asas kepada 4.39% untuk ditutup masing-masing.

Begitu juga dengan Indeks Dolar AS yang susut sebanyak 0.19% kepada 103.211 mata berikutan prospek kadar faedah yang meningkat.

Katanya lagi, lelongan untuk nota dua dan lima tahun telah mencetuskan minat pelabur yang ketara. Ini menunjukkan prospek positif untuk pasaran pendapatan tetap disebabkan korelasi songsang antara kadar faedah dan harga bon demi potensi keuntungan modal masa hadapan.

Mata wang tempatan kini bertambah baik berbanding euro kepada 5.1169 daripada 5.1220 semalam namun, mengalami susut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1516 daripada semalam iaitu 3.1331 dan jatuh berbanding pound pada 5.9093 daripada 5.9095.

Berbanding mata wang serantau pula, ringgit dilihat lebih mengukuh kecuali baht Thailand yang menyusut kepada 13.3631 namun berbanding dolar Singapura, rupiah Indonesia dan peso Filipina menunjukkan pergerakan positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat