Ringgit Semakin Susut Berbanding US Dollar?

1,623

KUALA LUMPUR, 11 Dis 2018: Ringgit didagangkan lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dipengaruhi kebimbangan berhubung pertumbuhan perlahan ekonomi global selain harga minyak yang lemah.

Pada 9.11 pagi, ringgit berada pada 4.1770/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1700/1750 penutup semalam.

Peniaga berkata, kebimbangan berhubung kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan harga minyak rendah membuatkan pelabur beralih kepada dolar AS.

“Penanda aras Brent ditutup 2.76 peratus lebih rendah pada AS$59.97 satu tong, manakala dagangan hadapan minyak AS susut 3.06 peratus kepada AS$51.00 satu tong,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0398/0438 daripada 3.0431/0470 Isnin dan menokok berbanding yen pada 3.6929/6971 daripada 3.6991/6039.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.2492/2547 daripada 5.3059/3139 dan menokok berbanding euro pada 4.7447/7500 daripada 4.7588/7649.

Sumber : BERNAMA

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat