Ringgit ‘Tewas’ Di Awal Minggu, Jangkaan Dasar Monetari Di AS Masih Tinggi

255

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan jangkaan Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat yang akan mengekalkan pendirian dasar monetarinya lebih ketat. Ini akan menyokong USD untuk lebih kukuh.

Jam 9 pagi tadi, ringgit susut kepada 4.7420 berbanding dolar AS daripada ia ditutup Jumaat lalu pada 4.7385.

Ketua Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam berkata pada minggu ini pasaran akan memberi tumpuan kepada data inflasi AS berdasarkan Laporan Indeks Harga Pengeluar dan Indeks Harga Pengguna yang akan diterbitkan pada Selasa dan Rabu.

Buat masa ini, ringgit dijangka akan bergerak dalam julat sempit hari ini.

Pasaran kini berharap Fed akan mengalihkan tumpuannya daripada inflasi kepada pertumbuhan ekonomi. Fed kini terlalu fokus dalam misi menurunkan inflasi kerana ia masih tinggi sejak awal tahun.

Pada awal dagangan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.0407/0438 daripada 3.0428/0446 pada penutup Jumaat lepas, meningkat berbanding euro kepada 5.1062/1110 daripada 5.1072/1098 sebelum ini dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.93670/9436. /9395 minggu lepas.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan mengukuh berbanding mata wang Asean.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5001/5037 daripada 3.5017/5038 pada penutup Jumaat, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8918/9086 daripada 12.9009/9137 minggu lepas dan lebih kukuh berbanding peso Filipina pada 8.22/8.27 berbanding 8.27 8.26 dicatatkan sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 295.4/295.9 daripada 295.2/295.6 pada Jumaat lepas. – Bernama

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat