Ringgit Untung Dalam Keseluruhan Dagangan Bulan Julai

47

Ringgit sekali lagi merekod keuntungan dalam dagangan bulan Julai yang berakhir pada Isnin. Matawang ini mencatat keuntungan berbanding US dolar yang banyak disebabkan faktor kelemahan ‘greenback’ itu sendiri.

Naib Presiden pembangunan korporat dan kajian pasaran FXTM Jameel Ahmad berkata, kelemahan sentimen pelabur terhadap US dolar telah menyokong pengukuhan Ringgit dan juga matawang-matawang global yang lain.

Beliau mengatakan US dolar banyak diberi kesan oleh keyakinan yang semakin berkurangan terhadap kebolehan Presiden Trump menjalankan reformasi fiskal dan percukaian. Kelemahan US dolar ditambah lagi dengan komen berhati-hati Federal Reserve dalam perancangan pengetatan kadar faedah sekaligus mengalihkan pelabur-pelabur ke pasaran-pasaran pesat membangun (emerging market) seperti Malaysia.

“Pasaran pesat membangun seperti Malaysia masih menarik pelabur-pelabur antarabangsa. Baru-baru ini, data ekonomi yang dikeluarkan menunjukkan asas ekonomi yang semakin meningkat dan saya tidak terkejut jika bacaan pertumbuhan pada 18 Ogos melebihi jangkaan,” kata Jameel dalam kenyataannya.

Ringgit Malaysia didagang di sekitar RM4.2842 bagi setiap US dolar setakat pukul 5.19 petang mengukuh dari paras terendah RM4.5380 yang kali terakhir dilihat pada November tahun 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat