Ripple Tertekan, Bagaimanakah Dengan Nasib XRP?

3,611

Ripple dan Securities and Exchanges Commission (SEC) masih lagi bertembung dalam perbicaraan di mahkamah.

Terbaru, hakim bertanggungjawab, Sarah Netburn telah memutuskan untuk mendapatkan komunikasi dalaman yang berkaitan Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan XRP antara SEC dengan pihak ketiga, termasuk seluruh pasaran dan agensi kerajaan lain.

Keputusan itu diambil selepas SEC menyangkal dakwaan pemilikan dokumen dalaman berkaitan BTC, ETH atau XRP, yang mana antara bukti kukuh yang meletakkan ketiga-tiga token itu sebagai sekuriti.

Tindakan SEC sebenarnya telah meletakkan Ripple di hujung tanduk kerana menolak dakwaan pemilikan dokumen dalaman.

Sekurang-kurangnya dengan pendedahan dokumen tersebut, Ripple akan lebih jelas bagaimana badan penguasa itu mengklasifikasikan sesuatu aset sebagai sekuriti hingga dikecualikan kesamarataan status antara XRP dengan Bitcoin dan Ethereum.

Tuduhan Ripple telah menjual XRP sebagai sekuriti tidak berdaftar secara tidak langsung telah mewujudkan persamaan status token itu dengan ETH dan BTC, yang mana telah dilabel bukan sekuriti pada 2018 ketika SEC dinaungi bekas pengarah, William Hinman.

Dengan persetujuan Netburn untuk menyemak bahan sokongan berbentuk komunikasi dalaman antara SEC dan pihak ketiga bermakna semakin sukar untuk Ripple membuktikan kebenaran secara mutlak.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $1.42 susut lebih 4% dalam 24 jam. Koin ini juga telah diatasi Dogecoin (DOGE) yang kini berada di kedudukan ke-4 dengan harga semasa $0.67.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat