Ripple Menang Hak, SEC Diarah Dedah Dokumen Dalaman Bitcoin, Ethereum

7,869

Dalam khabar terbaru, hari ini Ripple telah menang hak yang menuntut SEC untuk menyerahkan dokumen dalaman berkaitan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Ini bermakna, komuniti umum dapat ‘mengintai’ tindak-tanduk SEC yang tidak didedahkan terutama melibatkan status pengawalseliaan kripto.

Sebagai rekod, pada 15 Mac Ripple Labs bersama defendannya; CEO Brad Garlinghouse dan Chris Larsen telah menfailkan tindakan yang memaksa SEC untuk menyerahkan dokumen tentang pendirian pihak berkuasa itu terhadap Bitcoin dan Ethereum, atau dokumen perbincangan dalaman mereka tentang XRP.

SEC telah menuduh jualan token XRP telah melanggar undang-undang sekuriti. Bagaimanapun, perkara itu tidak diaplikasikan ke atas BTC dan ETH. Malah, SEC menyifatkan penawaran kedua-dua koin itu bukan kategori ‘sekuriti’ yang dianggap sebagai berat sebelah.

Sebelum ini, bekas pengerusi SEC, Jay Clayton dan bekas pengarah penguatkuasaaan, William Hinman secara terbuka membuat kenyataan bahawa BTC dan ETH tidak dianggap sebagai sekuriti. Yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana ia diputuskan kerana tiada panduan jelas berkaitannya diwartakan oleh SEC.

Ketika ini, Ripple masih menunggu untuk SEC menarik dakwaan sekaligus mengaku XRP sebagai ‘matawang maya’, sama seperti Bitcoin dan Ethereum. Perkara ini juga ditunggu-tunggu oleh pelabur XRP yang mahukan kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa melalui proses perbicaraan pada Ogos.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $1.09, melonjak lebih 25% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat