Rishi Sunak Stress! Isu Bajet Kewangan UK Adalah Perkara Utama Harus Ditangani!

174

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak pada hari Isnin menyatakan bahawa beliau tekad untuk terus mengelola kewangan awam dengan lebih baik setelah berlaku lonjakan dalam perbelanjaan awam dan dalam masa yang sama beliau bersedia untuk terus memberi sokongan dan dukungan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Boris Johnson dalam menangani krisis Covid-19.

Ekonomi UK kini semakin gawat dengan ekonomi sedang menuju kepada bacaan bajet defisit terbesar sejak Perang Dunia Kedua yang umumnya didorong oleh peningkatan dalam perbelanjaan darurat sekitar 200 bilion pound ($ 259 bilion).Dalam masa yang sama dijangkakan hasil cukai juga akan berkurangan setelah ekonomi menguncup sebanyak 20% pada suku kedua.

Dalam ucapannya untuk persidangan tahunan Parti Konservatif, Sunak menekankan bahawa beliau berjanji akan memperbaiki kewangan dalam jangka masa sederhana ini dan membantu ekonomi UK pulih dari rekod kejatuhan terbesar yang dialami.

Sunak sebelum ini mengumumkan skim sokongan pekerjaan baru yang akan membantu syarikat mengupah orang pada waktu yang lebih pendek. Bagaimanapun, Sunak mengingatkan bahawa beliau tidak dapat menyelamatkan setiap perniagaan dan pekerjaan.

Tamsilnya Sunak memberi amaran bahawa antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh pentadbiran UK selepas krisis Covid-19 adalah memperbaiki lompang bajet kewangan.
Matawang pound masih meneruskan pengukuhan yang didorong oleh laporan kesepakatan antara Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya, Ursula von der Leyen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat