Rishi Sunak Umumkan Pakej Rangsangan Baru – Sasar Golongan Pekerja & Peniaga!

496

Menteri kewangan Britain, Rishi Sunak menyatakan bahawa beliau terpaksa menawarkan jumlah yang lebih banyak dalam pelan rangsangan ketiga beliau yang diumumkan pada hari ini bagi mengurangkan impak pandemik Covid-19 terhadap ekonomi.

Sunak telah memberitahu parlimen bahawa pemerintah akan menanggung beban yang lebih besar untuk membayar gaji kakitangan, mengurangi waktu mereka harus bekerja yang kembali bekerja dan akan menawarkan lebih banyak wang kepada syarikat hospitaliti dan mereka yang bekerja sendiri.

Tambah Sunak, ekonomi UK sedang berada dalam tekanan dan terdapat risiko bahawa para pekerja akan kehilangan pekerjaan. Justeru beliau menegaskan bahawa bantuan kewangan ini adalah bertepatan kerana ia dapat mendorong pertumbuhan ekonomi dan menjangkau lebih banyak lapisan masyarakat.

Pengumuman itu susulan perbahalan antara Boris Johnson dan beberapa pemimpin tempatan di utara UK yang telah menuduh pentadbiran UK menawarkan bantuan yang sedkit. Bukan sekadar itu, pentadbiraan UK juga berdepan dengan kritikan dari pakar ekonomi atas keputusan yang diumumkan pada bulan lalu.

UK kini dilaporkan sebagai salah satu negara Eropah yang paling teruk dilanda pandemik dengan lebih daripada 44,000 kematian yang disebabkan jangkitan Covid-19. Sekarang negara tersebut sedang berhadapan jangkitan Covid-19 gelombang kedua dengan sebanyak 26,688 kes baru telah dicatat pada hari Rabu.

Tamsilnya pakej bantuan kewangan yang lebih besar ini adalah untuk mengurangkan jumlah pengurangan pekerja dalam sektor swasta. Ia akan dilancarkan bermula pada 1 Oktober. Sunak mendakwa ia adalah salah satu pakej rangsangan yang paling ‘dermawan’.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat