Risiko di Semenanjung Korea Memberi Ruang Kepada Emas Untuk Menambah Tenaga!

89

Emas melonjak gara-gara isu risiko di Semenanjung Korea, manakala copper menjunam disebabkan pengeluaran data China yang agak mengecewakan.

Niaga emas di Comex meningkat sebanyak 0.22 peratus kepada $1,258.20 sat troy ounce, manakala copper menyusut kepada $2.627 Pound selepas data tersebut diumumkan.

Di Asia, Bank Pusat Jepun dijangka akan minit mesyuarat dasar Mac dan bersetuju untuk memantau harga pengguna memandangkan data tersebut tidak menunjukkan momentum menaik. Sasaran harga pengguna buat masa ini masih diletakkan pada sasaran 2 peratus disamping mengekalkan dasar pelonggaran kuantitatif .

Pada minggu lepas, Bank Pusat Jepun menaikkan unjuran ekonomi pada mesyuarat dasar, namun masih meletakkan dasar pada tahap semasa.

Semalam, harga emas merosot dalam perdagangan sesi Eropah pada Isnin, jatuh ke tahap terendah dalam tiga minggu selepas kongres AS bersetuju untuk membiayai kerajaan.

Perunding dalam Kongres AS dijangka akan membiayai kira-kira $1 Trillion dalam pembiayaan persekutuan yang akan digunakan sehingga 30 September untuk mengelakkan government shutdown.

Berita ini telah memberi impak kepada asset berisiko dan mencetuskan penjualan besar-besaran kepada asset selamat seperti Yen dan emas.

Data Pertumbuhan Perkilangan China Menunjukkan Bacaan Paling Lemah dalam Tempoh 7 Bulan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat