Data Pertumbuhan Perkilangan China Menunjukkan Bacaan Paling Lemah dalam Tempoh 7 Bulan!

162

Sektor perkilangan China kehilangan momentum pada bulan April gara-gara pertubuhan domestik dan permintaan eksport yang perlahan dalam satu kajian yang ditunjukkan pada Selasa.

Data positif oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan yang dikeluarkan secara rasmi pada Ahad telah mengukuhkan pandangan bahawa ekonomi China kekal kukuh namun sudah mula menunjukkan penurunan pada trend sederhana.

Indeks Caixin/PMI menjunam kepada bacaan 50.3 pada bulan April dibawah jangkaan sebanyak 51.0.

Indeks berkenaan kekal di atas bacaan 50.0 yang memisahkan angka pengembangan dan penguncupan pada setiap bulan, namun masih bergerak dalam kadar paling perlahan sejak September 2016.

Menurut Pengarah Analisis Makroekonomi di CEBM Group, petunjuk pengeluaran secara beransur-ansur dikeluarkan melemah pada bulan April.

Pertumbuhan pengeluaran dan jumlah pesanan baru juga meningkat pada kadar paling perlahan sejak September lepas dengan kedua-dua bacaan hanya menunjukkan sedikit lonjakan daripada bulan sebelum ini.

Kejatuhan harga bijih besi, keluli dan bahan-bahan mentah juga merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejatuhan inflasi secara mendadak.

Pertumbuhan sektor perkhidmatan di China menyusut kepada 54.0 pada bulan April daripada bacaan sebelumnya iaitu 55.1.

Laporan Inventori Minyak Mentah Terkini : Naik Atau Turun?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat