Laporan Inventori Minyak Mentah Terkini : Naik Atau Turun?

105

Harga minyak mentah hanyut dalam sesi pada Selasa menjelang pengumuman laporan inventori terkini hari ini oleh Institut Petroleum Amerika.

Niaga minyak mentah di New York Merchantile Exchange bagi penghantaran Jun menjunam sebanyak 0.29 peratus kepada $48.71 setong, manakala di Intercontinental Exchange London, minyak Brent dinilai kepada $51.44.

Institut Petroleum Amerika (API) dijangka akan mengeluarkan anggaran minyak mentah dan stok produk tapisan di AS pada Selasa, kemudian diikuti oleh angka rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga pada Rabu. Kedua-dua angka ini kerap menunjukkan arah yang berlainan sejak dua minggu kebelakangan ini.

Semalam, harga minyak mentah ditutup lebih rendah pada Isnin selepas pengeluaran di Libya menimbulkan kebimbangan dan berpotensi untuk mengganggu proses perjanjian OPEC dalam membendung lebihan global.

Memetik kata-kata pengerusi National Oil Corp, Mustafa Sanalla, harga minyak mentah menambah kerugian pada bulan April apabila Libya mencetuskan kebimbangan terhadap lebihan penawaran selepas pengeluaran minyak global meningkat semula kepada kadar tertinggi sejak 2014.

Pengeluaran minyak mentah Libya meningkat semula selepas dua telaga utama negara memulakan kembali operasi selepas protes di dua saluran berakhir. Namun begitu, kegelisahan pasaran minyak mentah ini kekal berterusan apabila Firma Perkhidmatan Oilfield Baker Hughes melaporkan kenaikan kiraan pelantar sebanyak 9 hingga 697.

Kenaikan jumlah pengeluaran minyak mentah kepada kadar tertinggi sejak April 2015 telah menyumbang kepada kebimbangan dan junaman harga minyak baru-baru ini.

Di tempat lain, komen dari Menteri Minyak Iran, Bijan Zangeneh bagaimanapun gagal meningkatkan sentimen walaupun OPEC dan non-OPEC dikatakan telah memberi isyarat positif untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran.

Yen Menjunam Menjelang Laporan Minit Mesyuarat Mac

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat