Risiko Peningkatan Pengeluaran US, Komoditi Hitam Jatuh

45

Harga minyak mentah global jatuh 1% pada Isnin berikutan pemulihan aktiviti carigali di US yang memberi kebimbangan kepada pedagang komoditi ini.

Harga minyak Brent (Brent-oil) jatuh dari $55.80 setong kepada $54.95 setong ketika ini. Manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) sedang didagangkan di paras $52.54 setong, jatuh 65 sen dari harga penutup Jumaat lepas.

Kenaikan terbaru dalam pasaran minyak mentah global disokong oleh komitmen negara-negara OPEC dan bukan-OPEC dalam perjanjian pemotongan bekalan. Arab Saudi mengatakan 1.5 juta tong telah dikeluarkan dari pasaran.

Walaubagaimanapun, harga minyak jatuh hari ini yang disebabkan kebimbangan peningkatan pengeluaran dari US yang mengehadkan kesan pemotongan oleh OPEC dan non-OPEC. Baker Hughes melaporkan kenaikan jumlah pelantar di US sebanyak 29 pelantar, yang merupakan kenaikan tertinggi sejak April 2013.

Pengeluaran minyak mentah US telah meningkat lebih dari 6% sejak pertengahan 2016, walaupun ia masih 7% di bawah paras tertinggi 2015. Tahun 2014 mencatatkan kejatuhan mendadak pasaran minyak mentah global, berikutan stok minyak yang begitu banyak di US ketika itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat