Risiko Politik Terbaru Presiden Trump, US Dolar Menjunam

50

Bloomberg melaporkan bahawa ‘Special Council‘ sedang menyiasat potensi hubungan antara kempen pilihanraya Donald Trump dan Rusia tahun lalu sedang membuat siasatan yang lebih menyeluruh melibatkan transaksi perniagaan Trump dan individu yang berkaitan.

Dalam temubual di dalam BloombergTV, wartawan mengibaratkan perkara ini sebagai “perkembangan yang sangat dramatik dalam siasatan” dan ini mampu membawa “bahaya yang besar” kepada Presiden.

Laporan juga mengatakan Mueller “sedang menyiasat transaksi yang menyeluruh melibatkan perniagaan Trump”.

Masa laporan ini agak mengejutkan dengan Presiden Trump baru sahaja berkata kepada New York Times pada Rabu bahawa sebarang siasatan lebih daripada siasatan semasa tidak akan berhasil.

Penyiasat FBI dan yang lain sedang menyiasat pembelian apartment di bangunan Trump oleh individu rakyat Rusia, penglibatan Trump dalam pembangunan SoHo yang kontroversi dengan pihak Rusia, pertandingan ratu cantik di Moscow dan jualan rumah agam di Florida kepada individu berkuasa Rusia.

Laporan terbaru ini menjadi risiko politik yang semakin menggugat kedudukan Presiden Trump dan membawa risiko kepada pasaran US dengan Special Prosecutor Robert Mueller menyiasat perkara ini dengan lebih menyeluruh lebih daripada sebelum ini.

Dengan risiko politik terbaru ini, US dolar melemah berbanding matawang utama dunia yang lain dengan EURUSD naik sehingga hampir 180 pip setakat pukul 11.27 pm. USDJPY pula jatuh sehingga 70 pip.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat