Rizab Antarabangsa BNM Naik 0.19%

191

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak 0.19% iaitu AS$105 bilion pada 30 September, berbanding AS$104.8 bilion yang dicatatkan pada 15 September lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali ganda jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Daripada semua komponen rizab antarabangsa BNM, rizab mata wang asing melonjak kepada AS$97.8 bilion berbanding AS$96.3 bilion sebelum ini.

Rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kekal tidak berubah iaitu AS$1.3 bilion.

Manakala Hak Pengeluaran Khas dan emas masing-masing meningkat kepada AS$1.2 bilion serta AS$2.3 bilion. Namun aset rizab lain jatuh kepada AS$2.4 bilion berbanding AS$3.9 bilion sebelum ini.

Jumlah aset BNM adalah sebanyak RM488.88 bilion berbanding RM502.21 bilion pada 15 September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat