Rizab Miners BTC Makin Susut, Petanda Harga Jatuh?

582

“Miners mesti la nak untung juga, dah la nanti halving ganjarannya akan berkurangan lagi.”

Memandangkan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berlegar-legar di bawah $52,000, miners BTC tanpa melengahkan masa bertindak menyambung semula penjualan mereka sejak sepuluh hari yang lalu.

Menerusi pemerhatian, rizab miners yang semakin berkurangan menunjukkan 6,329 BTC bernilai lebih $300 juta telah dijual dari 8 Februari sehingga 18 Februari 2024 iaitu dalam masa kurang daripada dua minggu.

Pada Januari 2024 pula, 10,600 BTC bernilai $455.8 juta telah dijual oleh miners sebagai tindak balas penurunan mendadak dalam hashrate BTC yang tercetus sehingga memberi kesan kepada keuntungan miners.

Kemudian, rizab miners BTC sekali lagi mengalami kemerosotan teruk selama dua hari pada bulan ini apabila BTC bernilai $600 juta telah dijual dan perlu diketahui miners mungkin bertindak sebegitu bagi mengimbangi bil mining, tetapi ia tidak sihat untuk pedagang di pasaran kripto.

Jadi di sini dapat dilihat penjualan berterusan daripada miners BTC mungkin akan mencetuskan penurunan harga BTC susulan pelabur berasa gelisah tentang apa yang difikirkan oleh validators rangkaian itu berhubung BTC.

Meskipun begitu, momentum positif untuk harga BTC boleh diteruskan disebabkan beberapa faktor pendorongnya, antaranya adalah spot BTC ETF dan acara halving BTC yang dijadualkan berlaku pada April 2024.

Beberapa penganalisis dan pakar pasaran kripto sangat optimistik terhadap harga BTC di mana penganalisis aset digital terkemuka di X dipanggil Bitcoin HODL ramal harganya akan naik ke $301,709 sebelum halving kemudian $603,418 selepas acara itu berlaku.

Memang tidak dinafikan tindakan miners itu mampu mencetuskan kemerosotan sementara dalam BTC, tetapi mungkin tidak menjejaskan harganya begitu banyak dalam jangka panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat