Rundingan Brexit Antara Britain dan EU Bermula di Brussels

68

Menteri Brexit David Davis akan memulakan rundingan di Brussels pada Isnin yang akan menentukan terma-terma keluarnya UK dari Kesatuan Eropah (EU) dan juga hubungan dengan Kesatuan selepas Brexit.

Davis sebelum ini yang juga bekempen untuk meninggalkan EU akan bertemu dengan Ketua Perunding EU Michael Barnier, bekas Menteri Perancis. Mereka akan mengadakan sidang media bersama selepas rundingan selama tujuh jam yang bermula pukul lima petang waktu Malaysia.

Pegawai terlibat dalam rundingan enggan membuat spekulasi tentang apa yang akan dicapai dalam rundingan sehari ini. Pegawai EU berharap mesyuarat pertama ini dan persidangan Brussels pada Khamis dan Jumaat mampu memperbaiki suasana rundingan selepas ketegangan sebelum ini.

“Sekarang, kerja keras akan bermula,” kata Davis, tambahnya dia mahu perjanjian yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

“Rundingan ini adalah sukar dalam sesetengah perkara, tetapi kami akan menggunakan pendekatan konstruktif.”

Penyokong-penyokong Brexit mempertahankan cadangan May untuk keluar secara langsung dari Kesatuan Eropah, berbeza dengan menteri kewangan Philip Hammond dan beberapa yang lain mahu rundingan mengurangkan kesan ‘Hard Brexit‘ kepada UK.

Keluarnya UK akan memberi kesan kepada kerakyatan 3 juta rakyat Kesatuan Eropah di Britain. Selain itu, UK juga perlu membayar puluhan billion jika mereka benar-benar mahu keluar.

Dengan berjuta golongan expatriat Britain di EU, Perdana Menteri May juga mahu perjanjian hak kerakyatan bagi mereka.

EU juga dilihat membantah permintaan Britain untuk merundingkan terma perdagangan dengan alasan ia hanya boleh dibincangkan selepas terma perpisahan telah dipersetujui seawal hujung tahun ini.

– Reuters

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat