Rundingan Rusia-Ukraine, Adakah Ini Adalah Satu Tuah Untuk Matawang Euro?

1,584

Matawang Euro menunjukkan pengukuhan pada hari Selasa apabila perunding Ukraine dan Rusia bertentang mata di Turki untuk melakukan rundingan pertama dalam tempoh lebih dua minggu.

U.S dolar didagangkan lebih rendah namun masih berada pada paras tertinggi dalam hampir dua tahun, manakala matawang yen kembali untuk mendapatkan momentum selepas susut pada hari Isnin ke paras terendah sejak Ogos 2015.

Sebarang lagkah ke arah pendamaian atau genjatan senjata di Ukraine berpotensi untuk mendorong matawang Euro melonjak dengan lebih tinggi keranan kawasan Eropah merupakan kawasan yang akan terkena tempias ekonomi jika konflik semakin memburuk.

Perunding Ukraine dan Rusia bertemu di Turki pada hari Selasa, dengan Ukraine memohon gencatan senjata tanpa menawarkan mana-mana wilayah atau kedaulatan negara mereka.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan susut 0.92% kepada paras dagangan 98.148.

Walaubagaimanapun, Roberto Mialich, pakar strategi forex di Unicredit berpandangan bahawa US dolar akan kekal bullish berikutan pendirian hawkish dari The Fed.

Matawang Euro telah mengukuh sebanyak 1.36% berbanding US dolar kepada paras dagangan 1.127.

Disisi lain, Menteri Kewangan Jepun Shunichi Suzuki menyatakan akan memantau dengan teliti pergerakan matawang untuk mengelakkan yen dari terus lemah. Pasaran kini terus memerhatikan perkembangan antara Ukraine dan Rusia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat