Rupanya Ini 3 Sebab Bitcoin Susut 6%

369

Lonjakan Bitcoin (BTC) berturut-turut mencecah sehingga $15,840 membawa kegembiraan dalam kalangan pelabur aset itu sebelum menyaksikan penyusutan mendadak terendah hingga $14,8000.

Berdasarkan carta yang dipaparkan, aset itu susut 6% selepas cuma 5 jam mencapai paras tertinggi terbaru, atas tiga faktor utama:

Keberkesanan Vaksin Pfizer

Vaksin hasil usaha Pfizer bersama BioNTech didapati 90% berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 ketika percubaan Fasa 3 sedang berlangsung.

Khabar itu membawa kepada penyusutan mendadak Bitcoin dan emas berbeza dengan lonjakan saham dan dolar Amerika Syarikat (AS).

Pelabur Terbesar Menjual BTC

Penyusutan ini membawa kepada fenomena jualan Bitcoin terutama dalam kalangan pelabur terbesar aset itu. Pada masa yang sama, pelabur runcit memilih untuk menyimpan aset tersebut.

Antara sebab jualan BTC berlaku ketika harga mencatatkan $15,800 adalah kerana zon rintangan utama berada di bawah paras penting iaitu pada $16,000. Jika aset itu berjaya menembusi tahap tersebut, tidak mustahil jika BTC akan berada pada kedudukan tertinggi untuk jangka masa yang panjang.

Pelabur Long-term Masih Bertahan

Walaupun pasaran buat masa sekarang tidak stabil, pelabur long-term tetap yakin dengan aset tersebut.

Sebelum ini pemegang short-term bertahan dengan nisbah positif untuk tempoh enam bulan dan melonjak dari paras neutral sekali lagi. Jika tahap sokongan ini dapat dikekalkan, ia satu petanda harga BTC akan melonjak secara berterusan.

Pada masa penulisan, harga bitcoin kembali pulih dengan peningkatan sebanyak 0.3% kepada $15,394.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat