Rupanya Inilah 4 Kripto Paling Digemari Rakyat Malaysia!

1,992

“Ini beberapa je mungkin ada banyak lagi.”

Mata wang kripto semakin mendapat populariti dalam kalangan rakyat Malaysia apabila kebanyakannya didapati mengaplikasikan aset digital tersebut sebagai kaedah pelaburan atau pembayaran.

Walaupun sukar untuk mengenal pasti kripto paling disukai rakyat Malaysia, kajian dapat dibuat melalui volum dagangan dan ketersediaan bursa di negara tersebut. Berikut adalah antara senarai kripto paling digemari rakyat Malaysia.

Bitcoin (BTC)

BTC adalah kripto paling popular dan digemari rakyat Malaysia susulan ia merupakan aset digital decentralized pertama dicipta pada tahun 2009 yang telah dikenali ramai hingga ke seluruh dunia.

BTC telah didagangkan di pelbagai exchanger kripto seperti Luno, Sinergy dan Tokenize yang mempunyai pangkalan pengguna besar di Malaysia, di mana Luno membenarkan pengguna membeli dan menjual aset digital tersebut menggunakan Ringgit Malaysia (MYR).

Ethereum (ETH)

ETH dilancarkan pada 2015 telah mendapat populariti dengan pantas ekoran fungsi kontrak pintarnya yang membenarkan pembangun mencipta aplikasi decentralized (Dapps) pada blockchain aset digital tersebut.

ETH turut didagangkan di Luno dan exchanger lain seperti Tokenize dan Sinergy yang menawarkan perkhidmatan perdagangan kepada rakyat Malaysia.

Ripple (XRP)

Susulan XRP menawarkan kelajuan transaksi pantas dan yuran rendah, aset digital itu menjadi pilihan popular untuk pemindahan wang antarabangsa.

XRP juga didagangkan di Luno, Tokenize dan Sinergy yang menawarkan cara mudah untuk rakyat Malaysia membeli dan menjual aset digital tersebut.

Litecoin (LTC)

LTC adalah kripto peer-to-peer sama seperti BTC tetapi dengan kelajuan transaksi lebih pantas dan yuran rendah yang turut didagangkan di Luno, Tokenize serta Sinergy.

Secara keseluruhannya, sungguhpun sukar menentukan kripto disukai oleh rakyat Malaysia, BTC, ETH, XRP, LTC adalah antara aset digital paling popular buat ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat