Rupanya Inilah Sebab Mengapa Chainlink Naik Tak Ingat Dunia!

920

“Harapnya harga LINK mendaki la lagi, jangan tiba-tiba jatuh tersungkur pula.”

Semasa seluruh pasaran mata wang kripto lebih luas menyaksikan pemulihan, Chanlink (LINK) juga enggan ketinggalan apabila harganya yang melepasi $11 telah memacu tinggi lebih 43% sepanjang bulan lalu.

Hal ini kerana para pelabur besar dilaporkan berpusu-pusu membeli sejumlah besar LINK sebelum harganya menyaksikan aliran menaik, oleh itu rangkaian itu capai tahap tertinggi dalam urus niaga whales, address unik dan volum dagangan.

Menerusi pemerhatian, aktiviti di rangkaian LINK telah melihat kenaikan ketara terutamanya pada 21 Oktober 2023 apabila data menunjukkan aset digital itu merekodkan 220 transaksi whales melebihi $100,000 setiap satu.

Bukan itu sahaja, bilangan address berbeza yang melibatkan LINK turut meningkat hampir 5,000 manakala jumlah dagangan untuk rangkaian aset digital tersebut pula merekodkan lebih 800 juta.

Salah satu faktor utama mendorong harga LINK naik tinggi adalah pelancaran platform Chainlink Staking v0.2 yang memperkenalkan beberapa ciri untuk ekosistem seperti Unbonding Mechanism dan Liquid Rewards yang tawarkan keselamatan atau ketelusan lebih baik.

Pengenalan naik taraf beta v0.2 akan meluaskan kebolehcapaian kepada julat peserta lebih luas, bermula dengan fasa Priority Migration untuk stakers v0.1 sedia ada diikuti fasa Early Access dan akhirnya membuka pada General Access.

Memang tidak dinafikan v0.1 berfungsi sebagai program Staking awal, tetapi v0.2 telah direka bentuk menjadi platform Staking bermodul sepenuhnya yang boleh dipanjangkan dan dinaik taraf.

Pada masa ini, harga LINK didagangkan pada paras $10.33 dengan modal pasaran bernilai $5 bilion seterusnya mencatatkan lonjakan sebanyak 38.32% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat