Rupanya Kejatuhan Drastik Harga Minyak Disebabkan Amerika!

1,136

Dagangan minyak mentah gagal mengekalkan pengukuhan selepas komoditi itu menjunam dari paras tertinggi satu bulan disebabkan beberapa berita yang kurang menyenangkan.

Terbaru, Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan di Kongres AS telah meluluskan rang undang-undang yang akan membuka OPEC untuk tuntutan undang-undang antimonopoli atas pemotongan pengeluaran.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada rang undang-undang yang juga dipanggil sebagai NOPEC itu, akan dipertimbangkan di peringkat Dewan Perwakilan AS secara keseluruhan.

Hal ini telah mendorong WTI Amerika Syarikat terjun ke paras harga $61.50 setong dari $64, sebelum kembali didagangkan di atas $62 setong pada sesi Asia.

Sementara minyak mentah Brent pula menjunam ke paras harga $65.50 setong, sebelum kembali meningkat di sekitar $66 setong.

Susulan daripada kejatuhan harga minyak yang drastik, matawang dolar Kanada turut terjun lebih rendah berbanding US dolar.

Menambah kedukaan buat dagangan minyak mentah, adalah apabila Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan peningkatan inventori minyak AS sebanyak 436,000 tong pada minggu lalu.

Namun, penurunan dalam bekalan petrol yang turun lebih 1.6 juta tong, mengurangkan kebimbangan pasaran terhadap permintaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat