Rusia Benarkan Kapal Asing Tinggalkan Pelabuhan Ukraine

245

Kementerian pertahanan Rusia mengumumkan bahawa ia akan membuka koridor kemanusiaan dengan membenarkan kapal asing untuk meningggalkan Laut Hitam dan Laut Azov.

Menurut laporan agensi berita Rusia Interfax, koridor keselamatan yang dibuka pada Khamis akan membolehkan kapal meninggalkan Mariupol melalui pelabuhan Laut Azov serta Kherson dan Odesa di Laut Hitam antara 8 pagi dan 7 malam waktu Moscow.

Ketua Pusat Kawalan Pertahanan Negara, Mikhail Mizintsev berkata pada taklimat bahawa laluan ini akan menyediakan pergerakan selamat kapal dari pelabuhan termasuk Kherson, Nikolaev, Chernomorsk, Ochakov, Odessa dan Yuzhny di Laut Hitam, serta Mariupol di Laut Azov.

Bagaimanapun, tidak semua kapal asing dibenarkan keluar kerana di 6 pelabuhan Kherson, Nikolaev, Chernomorsk, Ochakov, Odessa dan Yuzhny, 70 kapal asing dari 16 negeri masih lagi disekat.

Pelabuhan Laut Hitam Ukraine telah disekat sejak pencerobohan Rusia, sehingga menyebabkan lebih daripada 20 juta tan bijirin tersangkut di negara itu.

Ia juga menjadi penyumbang kepada krisis makanan global memandangkan Ukraine ialah pengeluar global utama kedua-dua gandum dan biji bunga matahari, yang digunakan untuk minyak.

Pada hari Rabu, Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba telah memberitahu mengenai kemungkinan krisis makanan akan berterusan sehingga bertahun-tahun sekiranya sekatan kapal Rusia yang membawa hasil eksport utama, khususnya gandum, tidak ditarik balik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat