Rusia Mahu Pembayaran Kripto Sah Digunakan Dalam Perdagangan Antarabangsa

173

Pihak berkuasa kewangan Rusia dilihat semakin hampir mengubah sebahagian daripada pendirian terhadap kripto dengan mengesahkan aset digital untuk penyelesaian rentas sempadan.

Menurut laporan agensi berita milik negara Rusia (TASS), Kementerian Kewangan dan Bank Rusia mengakui bahawa pembayaran mata wang kripto merentasi sempadan seharusnya dibenarkan.

Malah, Alexei Moiseev, Timbalan Menteri Kewangan Rusia menyatakan bahawa peraturan pasaran mata wang kripto akan mengekalkan pendekatannya, tetapi bank negara ingin memikirkan semula pendekatan kerana menganggap keadaan sudah berubah.

Tambahnya lagi, kewujudan infrastruktur yang dirancangnya terlalu tegar untuk penggunaan mata wang kripto dalam penempatan rentas sempadan.

Namun, di satu pihak ia memberikan peluang kepada orang ramai untuk melakukannya serta mewujudkan kawalan agar tidak berlaku penyelewangan, transaksi barangan terlarang seperti pembelian dadah dan sebagainya.

Selain itu, Moiseev menegaskan sesungguhnya rangka kerja kawal selia bagi pembayaran aset kripto rentas sempadan masih perlu diperkenalkan.

Secara konteks, kebanyakan individu sekarang membuka wallet kripto di luar Persekutuan Rusia yang dilakukan oleh bank negara bagi mematuhi keperluan undang-undang anti-pengubahan wang haram serta mengetahui identiti pelanggan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat