Rusia Sedia Perang, Pasaran Saham ‘Berdarah’ Sementara Minyak Canak

243

Berita mengenai Rusia yang mula mengarah tentera ke Ukraine membuatkan niaga hadapan minyak mentah canak ke paras tertinggi sejak 2014, sementara pasaran saham menjadi tidak menentu ekoran sentimen pelabur yang dalam kebimbangan.

Sementara ini, dagangan safe-haven dolar Amerika Syarikat (AS) menurun dari sejumlah mata wang lain dan emas yang berdarah dengan suasana pasaran yang tidak menentu.

Pengumuman Biden Punca Pasaran Berdarah

Presiden AS, Joe Biden mengumumkan sekatan pertama terhadap Rusia selepas beliau mengatakan pihak Moscow sudah mula menyerang Ukraine, selain turut menambah bahawa tindakan lebih berat akan dikenakan terhadap Rusia andai mereka masih berdegil.

Kesatuan Eropah (EU) juga bersetuju untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia, dimana Canselor German, Olaf Scholz menghentikan saluran paip gas Nord Stream 2 dari Rusia dan Britain mengambil tindakan ke atas bank-bank Rusia.

Indeks purata Dow Jones Industrial turun 482.57 mata atau 1.42% pada 33,596.61 sementara S&P 500 hilang 44.11 mata atau 1.01% pada 4,304.76 dan Nasdaq Composite jatuh 166.55 mata atau 1.23% pada 13,381.52.

Hasil perbendaharaan AS mencanak selepas pengumuman Biden dengan nota penanda aras 10 tahun susut 2/23 dalam harga pada 1.9372%.

Indeks dolar susut 0.047% sementara Euro naik 0.14% pada $1.1326 manakala Yen Jepun melemah 0.29% berbanding greenback pada 115.06 per dolar dan Pound Sterling turun 0.13% pada $1.3581.

2 Komoditi Utama Dengan Hasil Yang Berbeza

Krisis yang semakin memuncak mencerminkan kebimbangan bahawa eksport tenaga ke Rusia boleh terganggu dengan niaga hadapan minyak Brent naik 1.5% pada $96.84 setong selepas mencapai paras $99 buat pertama kali sejak 2014 dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS capai 1.4% pada $92.35 setong selepas mencapai paras $96 tertinggi sejak Ogos 2014.

Sementara itu, spot emas jatuh 0.4% pada $1,898.77 selepas mencapai paras tertinggi sejak Jun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat