Rusia Terus Mara! Pelabur Kekal Berwaspada

1,124

US dolar terus berlegar di sekitar harga yang sama ketika Rusia masih meningkatkan kemasukan tenteranya di Ukraine walaupun banyak sekatan ekonomi telah dikenakan ke atasnya.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar diniagakan sedikit susut pada 96.67.

Penyusutan ini memberi sedikit sokongan untuk mata wang berkaitan komoditi, dolar Aussie yang meningkat lebih tinggi meskipun Bank Pusat Australia (RBA) menyatakan konflik Rusia dan Ukraine telah menambah ketidakpastian baharu kepada mereka.

RBA mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada sesi Asia hari ini, memberi indikasi optimis bahawa pemulihan terus dipaparkan dalam data ekonominya.

Dolar New Zealand dan Kanada turut mencatatkan keuntungan untuk meningkat lebih tinggi pada sesi Eropah, menyusuli peningkatan harga minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, pergerakan berbeza dipamerkan oleh euro dan pound yang terus bergelut untuk mencari sokongan, menyaksikan euro sedikit meningkat untuk didagangkan di atas paras harga 1.2000 berbanding USD.

Sementara itu, sekatan yang berterusan mendorong mata wang Rusia, rubel tenggelam ke paras terendah sepanjang masa yang membawanya susut bawah 1 sen berbanding US dolar pada awal sesi Eropah.

Perkembangan terkini menyaksikan serangan Rusia masih berterusan di Ukraine, di mana menurut laporan BBC, Moscow telah melepaskan peluru berpadu ke bandar kedua terbesar Kharkiv.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat