Saat Dunia Sibuk Menangkap Pokemon, Rakyat Belgium Mula ‘Menangkap’ Buku!

64

Akibat kejayaan Pokemon Go, di Belgium seorang guru besar sekolah rendah mendapat inspirasi untuk mengadakan online game bukan untuk mencari (baca:menangkap) Pokemon tetapi untuk mencari buku.

Dan permainan ini berjaya menarik puluhan ribu dalam masa beberapa minggu.

Seorang Pokemon Trainer, matlamatnya adalah mencari dan menangkap pokemon menggunakan GPS, manakala permainan mencar buku ini adalah melalui Facebook Group yang dipanggil “Chasseurs de livres” (Pemburu buku).

Facebook Group
Facebook Group

Pemain akan post foto dan klu mengenai lokasi buku yang disembunyikan untuk orang lain cari dan dapatkan. Setelah dapatkannya, buku tersebut mestilah dibaca sehingga habis dan letakkan kembali untuk orang lain mencarinya.

Kata Gregoire, “Ketika saya sedang menyusun perpustakaan saya, saya tidak mempunyai ruang yang cukup untuk semua buku saya. Melihat Pokemon Go, saya dapat idea untuk melepaskan pokemon ke dunia luar”.

Sehingga hari ini, dilihat seramai 40,000 orang telah mendaftar dalam group tersebut.

Gregoire bercadang mahu membangunkan app untuk permainan ini.

Ada orang takut dengan kesan Pokemon Go. Klik untuk baca

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat