Saham Alibaba Kesakitan Angkara CEO!

762

Saham teknologi China, Alibaba jatuh mendadak pada hari Isnin susulan tindakan mengejut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Daniel Zhang untuk berundur daripada peranannya di Cloud Intelligence Group.

Langkah itu dibuat beberapa bulan selepas kumpulan itu berkata pada Jun bahawa Zhang akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi dan CEO Alibaba Group untuk memberi tumpuan kepada unit tersebut.

Eddie Wu, yang ditetapkan mengambil alih daripada Zhang sebagai CEO dan pengarah Kumpulan Alibaba mulai 10 September, kini juga akan menjadi pengerusi perniagaan cloud itu buat sementara, menurut kenyataan syarikat itu pada Ahad.

Zhang ialah CEO Alibaba sejak 2015 dan pengerusi kumpulan sejak 2019, selain pernah menjadi pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Cloud Intelligence Group sejak 2022.

Menurut surat peribadi kepada kakitangan yang dilihat Reuters, Zhang dikatakan akan terus menyumbang kepada Alibaba dengan menyalurkan kepakarannya secara berbeza.

Selain itu, syarikat juga akan terus melaksanakan rancangannya untuk mengasingkan Alibaba Cloud Intelligence Group di bawah pasukan pengurusan yang berasingan untuk dilantik.

Alibaba menerajui kerugian dalam saham teknologi dengan menyusut kira-kira 3.6% pada sesi Asia hari ini susulan laporan tersebut.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat