Saham Asia Meningkat Beri Harapan Pemulihan Ekonomi Global

269

Pelabur mengharapkan pemulihan ekonomi dalam kadar segera setelah saham Asia melonjak naik diikuti dengan peningkatan harga minyak selama sembilan hari berturut-turut ekoran daripada kelonggaran perintah berkurung di beberapa negara.

Berdasarkan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (A.S) pada minggu lalu, kadar pengangguran mencatatkan penurunan sekaligus mendorong indeks Wall Street dengan Nasdaq melonjak naik, mencapai rekod tertinggi pada Isnin.

Indeks terbesar Asia-Pasifik, MSCI meningkat sembilan kali berturut-turut, menjadikan pencapaian paling lama dan tertinggi sejak awal 2018. Ia kekal berada di paras tertinggi 0.76% pada kemuncak tiga bulan.

Manakala S&P/ASX 200 Australia melonjak 2.5%, saham China, CSI300 meningkat 0.4% dan indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.2%. Berbeza pula bagi Nikkei yang mencatatkan penurunan 0.5%.

Saham bagi sektor kewangan, automotif, perniagaan runcit dan pasaran tenaga juga telah pulih dengan peningkatan baru-baru ini. Dow di Wall Street meningkat 1.7%, S&P 500 juga melonjak 1.20%, begitu juga Nasdaq Composite naik 1.13%.

Saham A.S juga diperkukuhkan dengan langkah yang diambil oleh Federal Reserve untuk meringankan syarat program pinjaman, ‘Main Street’, menggalakkan lebih banyak penglibatan daripada sektor perniagaan dan bank.

Bagi pasaran mata wang, dolar Australia mencatatkan peningkatan tertinggi lima bulan selepas kenaikan lapan hari berturut-turut walaupun berhadapan dengan tekanan jualan pada tahap memuncak. New Zealand melonjak ke paras empat bulan tertinggi. Safe-haven Yen Jepun turut meningkat 0.2% pada 108.15 manakala Euro turun pada $1.1285.

Penanda aras A.S bagi minyak mentah CLc1 meningkat $1.28 setong kepada $38.68 setong manakala Brent LCOc1 meningkat daripada $1.13 kepada $41.25.

Harga emas dilihat melonjak setelah penyusutan mendadak, didorong oleh harapan terhadap prospek monetari lebih dovish oleh Federal Reserve. Dilaporkan dagangan emas meningkat 0.1% pada paras 1,697.1.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat