Saham Belum Pulih Tapi Coinbase Kena Denda $100 Juta Pula!

121

“Prestasi Coinbase semakin lemah, jangan bankrap cukuplah.”

Syarikat exchanger mata wang kripto berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Coinbase dilaporkan bersetuju membayar denda sebanyak $50 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kewangan Negeri New York.

Dilaporkan Coinbase telah melakukan kesalahan yang melanggar peraturan anti pengubahan wang haram, di mana syarikatnya membenarkan para pengguna mendaftar akaun tanpa pemeriksaan latar belakang.

Dimaklumkan bahawa kesalahan tersebut dapat dikenalpasti selepas Coinbase berjaya memperoleh lesennya di New York pada tahun 2017.

Terdahulu selepas dikenakan tindakan oleh undang-undang pencegahan pengubahan wang haram, Coinbase meminta bantuan perkhidmatan perunding luar untuk menyusun semula operasinya.

Namun pada tahun 2021, pegawai mula melaksanakan penyiasatan yang lebih formal dan tegas terhadap Coinbase susulan operasi syarikatnya masih tidak melihat perubahan.

Hal ini berikutan kerana Coinbase seharusnya bertanggungjawab mengetahui identiti setiap pelanggannya supaya dapat menjejaki jika mereka melakukan sebarang aktiviti mencurigakan, namun syarikat tersebut masih melihat isu tersebut sebelah mata.

Difahamkan, perkara diatas telah memberi kesedaran kepada bursa kripto AS melabur $50 juta untuk memantapkan lagi program pematuhannya agar individu berisiko seperti pengedar dadah ataupun pelanggar undang-undang tidak dapat membuka akaunnya.

Selain daripada Coinbase, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sam Bankman-Fried dan pekerjanya yang lain turut didakwa dengan jenayah persekutuan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat