Saham Capital A Tertinggi 15 Bulan, AirAsia X Paling Kukuh 3 Tahun!

462

Capital A Bhd capai paras tertinggi 15 bulan pada hari Khamis selepas melanjutkan kenaikan untuk hari keempat berturut-turut.

Pada dagangan pagi ini, ia melonjak kepada 83.5 sen sebelum mengurangkan sedikit keuntungan untuk didagangkan pada 82 sen (setakat 4.00 petang).

Pengukuhan ini turut disusuli oleh AirAsia X Bhd yang menyaksikan lonjakan sehingga menembusi RM1 pada Rabu buat kali pertama sejak Jun 2020, dan didagangkan pada RM1.13 hari ini.

Terdahulu, Capital A telah mengumumkan pelantikan presiden komersialnya Colin Currie sebagai ketua pegawai eksekutif airasia Digital yang akan mengetuai pelan tindakan untuk mengembangkan perniagaan digital syarikat itu.

Sementara itu, ketua pelaburan John Cheing pula diberi kuasa sebagai ketua pegawai kewangan airasia Digital dan airasia Super Apl mulai 1 Mac.

Kedua-dua Capital A dan AirAsia X telah jatuh ke status Nota Amalan 17 disebabkan pandemik Covid-19 telah menjejaskan kewangan mereka.

AirAsia kini mempunyai masa hanya kira-kira 7 minggu menjelang tarikh akhir 28 April untuk mengemukakan pelan penyelarasannya kepada bursa saham.

Capital A pula masih mempunyai lebih banyak masa untuk melaksanakan penstrukturan semula kerana ia perlu menyerahkan pelannya pada 7 Julai.

Berdasarkan 13 penganalisis, lima penarafan diletakkan kepada sasaran ‘buy’, manakala lima lagi mengesyorkan pelabur untuk ‘hold’, dan tiga lagi keluarkan saranan ‘sell’.

Harga sasaran pula ditetapkan dalam julat luas antara 40 sen dan RM1.25.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat