Saham Iris Jadi Tumpuan Susulan Lanjutan Kontrak Oleh Kerajaan

401

Pengumuman lanjutan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) telah mendorong lonjakan saham Iris Corporation Bhd pada hari ini (Khamis).

Dengan meningkat 9.52% atau 10 sen kepada 12 sen, Iris menjadi antara kaunter paling aktif didagangkan dengan permodalan pasaran RM358.17 juta.

Menurut pemfailan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu mengumumkan bahawa unitnya Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) telah menerima surat lanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN bersetuju untuk menganugerahkan lanjutan tempoh kerja selama tempoh 12 bulan antara 1 September 2025 hingga 31 Ogos 2026.

Sebagai rekod, IITS telah memperoleh kontrak bernilai RM1.16 bilion pada Januari 2021 untuk tempoh 54 bulan dari 1 Mac 2021 hingga 31 Ogos 2025.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata projek itu belum mencapai kemajuan yang mencukupi setakat Mac 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat