Saham Melonjak Sehingga 222%, Fastly Kini Cantas Populariti Zoom!

404

Populariti Zoom nampaknya kian pudar. Lagi-lagi apabila pernah dikaitkan dengan isu kehilangan wang pengguna akaun CIMB dan rakaman video yang tersebar sebelum ini, aplikasi itu hanya mampu bertahan sementara waktu dengan kemunculan perisian terbaru, Fastly.

Mula dipasarkan pada tahun lepas iaitu sebulan selepas Zoom menembusi pasaran, sahamnya telah melonjak 15% pada Isnin kepada $73.27, diikuti lonjakan sebanyak 36% pada minggu lepas.

Rekod terkini, saham Fastly meningkat 222% sejak kemuncak pasaran pada 19 Februari lalu sekaligus mengatasi Zoom yang melonjak 159%.

Berbeza dengan Zoom, Fastly merupakan satu perisian rangkaian penghantaran kandungan (content delivery network, CDN) yang membantu pengguna untuk melihat dan mendapatkan semula kandungan digital dengan lebih pantas.

Pengguna Fastly termasuklah Shopify, Spotify dan aplikasi permesejan, Slack. Rata-rata penggunanya memiliki latar belakang pekerjaan jarak jauh, menyebabkan lonjakan penggunaan sepanjang pandemik.

Penganalisis teknologi mula melihat Fastly sebagai salah satu pemenang teknologi, yang menjadi pilihan oleh mereka yang bekerja dari rumah dan tinggal di rumah sejajar dengan norma baharu susulan Covid-19.

Berdasarkan penggunanya yang banyak dari syarikat teknologi terkini, penganalisis di DA Davidson, Rishi Jaluria menyarankan untuk pembelian saham tersebut. Dijangka momentum saham akan semakin meningkat dengan gabungan syarikat bersama asas yang sangat kuat.

Pada Mei lalu, Fastly mengumumkan follow-on stock offering pada harga $41.60 sesaham, 43% di bawah penutupan Isnin.

Sementara itu, bagi pasaran yang memfokuskan kepada teknologi CDN, Fastly memiliki saiz pasaran bernilai $7.6 bilion, manakala Akamai bernilai $16.5 bilion. Cloudflare pula memiliki nilai lebih dari dua kali ganda dalam tempoh empat bulan terbaru, $11.2 bilion.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat