Samsung Garu Kepala Akibat Penangan Note 7 (Jika Anda Memilikinya, Hati-Hati)

90

Samsung Electronic Co. mengalami kerugian sebanyak $22 billion daripada market value dalam masa 2 hari diakibatkan oleh amaran dan pengharaman penggunaan Note 7.

Saham Samsung menjunam sebanyak 11% sejak Jumaat lalu, penurunan terbesar dalam masa 2 hari sejak 2008 setelah pihak berkuasa memberi amaran untuk mematikan Note 7 dan tidak mengecasnya.

Saham Samsung Electronic Co. Ltd
Saham Samsung Electronic Co. Ltd

Syarikat penerbangan juga melarang penumpang daripada menggunakan gadget tersebut semasa dalam kapal terbang.

Syarikat Samsung telah membelanjakan wang yang banyak ke atas marketing untuk mengatasi pesaing mereka, Apple sebelum keluarnya iPhone baru namun sekaligus malap disebabkan isu Note 7 yang meletup ini.

Menurut naib presiden IDC, Bryan Ma,” Mimpi ngeri Samsung semakin teruk dan teruk. Adalah berkemungkinan besar syarikat penerbangan akan mengharamkan penggunaan semua model daripada Samsung kerana kesusahan untuk membezakan antara model Note 7 dan lain-lain”.

Samsung mengeluarkan pengumuman kepada pengguna Note 7 untuk menghantar semula Note 7 ke pusat perkhidmatan, sebulan selepas model itu dikeluarkan.

Menurut Lee Seun Woo, penganalisa di IBK Securities di Seoul, “Samsung perlu selesaikan perkara ini secepat mungkin dengan menggantikan Note 7 yang selamat. Paling teruk, Samsung mungkin tiada pilihan lain selain daripada menghentikan jualan Note 7”.

Kebanyakan syarikat penerbangan seluruh dunia termasuk Malaysia juga sudah mengharamkan penggunaan Note 7 semasa penerbangannya.

Kos yang terpaksa dikeluarkan oleh Samsung untuk menyelesaikan masalah ini dijangka lebih daripada $1 billion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat