Sangkaan Untuk Menjunam Meleset, GBP/JPY Kembali Melonjak Semula

688

Bagi peminat pasangan matawang GBP/JPY, pastinya menambah keterujaan buat trader dengan pergerakan menarik yang dipaparkan pada hari ini.

Dengan beberapa isu penting yang berlegar dalam pasaran yang mempengaruhi dagangan Pound dan Yen, dapat disaksikan harga bergerak turun naik dengan drastik memberi reaksi perkembangan dalam pasaran.

Rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK memberi kesan begitu ketara terhadap Pound Sterling sejak semalam. Pada dagangan hari ini, Pound bergerak lemah di sesi Asia berikutan pelabur masih tidak meletakkan keyakinan terhadap rundingan Brexit.

Namun, di sesi Eropah, Pound kembali melonjak selepas Perdana Menteri UK, Boris Johnson mula campur tangan dan ini merupakan penglibatan pertama beliau sejak Jun.

Beliau akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada esok hari.

Pada carta GBP/JPY, harga pada mulanya melihatkan penurunan drastik susulan pengukuhan Yen disebabkan pelabur mula berwaspada selepas laporan Presiden Donald Trump disahkan positif Covid-19.

Mencecah penurunan hampir ke paras 135.00, harga mula melonjak semula di sesi Eropah hingga ke paras 136.00.

Harga mula perlahan dan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga di carta GBP/JPY.

Kenaikan harga yang berterusan dijangka akan menguji semula zon resistance pada ketinggian yang dicapai semalam sekitar 137.00.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras support pada 135.00 akan diuji dan jika harga berjaya tembus lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 134.400 akan menjadi tumpuan harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat