Satu Hari Sahaja, Lelaki Terkaya Di Dunia Ini Rugi $11.2 Bilion!

1,097

Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault yang baru saja dinobatkan sebagai orang terkaya dunia telah menghapuskan kekayaannya sebanyak $11.2 bilion dalam satu hari sahaja.

LVMH yang merupakan syarikat induk kepada lebih 70 jenama mewah seperti Louis Vuitton, Christian Dior dan Tiffany’s telah melonjakkan kekayaan Bernard Arnault sepanjang 12 bulan lalu susulan sahamnya yang meroket tinggi.

Bagaimanapun, keuntungan tersebut berkurangan pada hari Selasa apabila saham LVMH mencatat kejatuhan paling tinggi dalam tempoh lebih setahun sebanyak 5%.

Bukan itu sahaja, malah kemerosotan yang lebih meluas turut melenyapkan $30 bilion daripada sektor mewah Eropah, di mana saham Hermes International junam 6.5% dan pemilik jenama Gucci, Kering SA menyaksikan saham jatuh hampir 3%.

Kejatuhan ini dilihat berpunca daripada kebimbangan terhadap ekonomi Amerika Syarikat yang lemah akan menjejaskan permintaan untuk barangan mewah.

Pada tahun lalu, pengembangan pesat sektor itu di pasaran saham Eropah telah menjadi seperti Big Tech bagi AS, di mana koleksi perniagaan dominan yang pertumbuhannya bertahan walaupun ekonomi tidak menentu.

Meskipun telah mengalami kerugian yang besar, jutawan Perancis itu masih mempertahankan kedudukannya sebagai orang terkaya dunia dengan mempunyai nilai bersih $191.6 bilion.

Pun begitu, jurang kekayaannya dengan pengasas Tesla, Elon Musk yang berada di kedudukan kedua terkaya di dunia, telah mengecil kepada hanya $11.4 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat