Satu Lagi Bank Mesra Kripto Diramal Musnah! – Robert Kiyosaki

4,277

“Kiyosaki suka sangat bagi pandangan, sampai dah tak tahu nak dengar mana satu.”

Robert Kiyosaki yang merupakan penyokong tegar mata wang kripto Bitcoin (BTC) memberi pandangannya tentang keruntuhan dua bank utama mesra kripto baru-baru ini, iaitu Silvergate Bank dan Silicon Valley Bank.

Sebagai rekod, kedua-dua bank tersebut bertindak memberhentikan operasinya selepas menghadapi pengeluaran besar-besaran daripada pelanggan diikuti dengan penurunan harga saham.

Walaupun tidak merujuk mana-mana bank, Kiyosaki sungguh percaya sebuah lagi bank besar akan mengalami kejatuhan drastik.

Pada masa ini dilaporkan bahwa harga saham bank Signature menyaksikan penurunan besar-besaran selepas kebanyakan individu mula berhati-hati dengan Silvergate yang telah menghadapi pelbagai rintangan untuk kekalkan perkhidmatannya.

Kiyosaki berpandangan harga emas termasuk perak akan mendaki apabila kejatuhan bank ketiga terjadi, di mana beliau sebelum ini pernah meramal keruntuhan bank Lehman Brothers.

Beliau juga pada awal tahun ini menyatakan bahawa BTC bukan sahaja mampu melonjak lebih tinggi menjelang tahun 2025 malah berpotensi menembusi paras harga $500,000.

Sementara Kiyosaki turut mengatakan dolar Amerika Syarikat (AS) semakin tidak bernilai susulan berbilion-bilion daripadanya terus dicetak oleh kerajaan AS secara tidak sengaja manakala sepanjang dua tahun lalu bertrilion dolar palsu telah dicetak.

Dalam pada itu, Kiyosaki yakin keruntuhan global semakin hampir dan ia mungkin lebih teruk berbanding Great Depression yang berlaku pada tahun 1930-an.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat