Satu Lagi Junaman Malam Ini Dalam Pasaran Minyak Mentah

30

Data terbaru inventori minyak mentah US yang dikeluarkan oleh EIA (Energy Information Administration) merekodkan kemerosotan sebanyak 1.7 juta tong pada minggu berakhir 9 Jun berbanding tambahan 3.3 juta tong pada minggu sebelum itu.

Jangkaan bagi data kali ini ialah kemerosotan yang lebih banyak sehingga 2.5 juta tong. Hal ini lah yang menyebabkan harga minyak WTI (West Texas Intermediate) jatuh sehingga $1.75 dari $46.61 apabila pengurangan sebenar kurang daripada jangkaan pasaran.

Pengeluaran minyak mentah di US merekodkan peningkatan 0.1% pada tempoh sama di mana tahun ini sahaja telah meningkat 7%. Inventori gasolin merekod peningkatan 2.1 juta tong minggu lalu dengan kenaikan tahunan sebanyak 2.3%.

Walaupun terdapat kelegaan dengan laporan data kali ini, inventori secara keseluruhan meningkat lebih tinggi daripada jumlah yang direkod dua minggu lalu. Tambahan lagi proses dalam menyerap lebihan inventori dilihat semakin perlahan.

Data API sebelum ini merekod tambahan 2.8 juta tong minggu lalu dan menyebabkan harga minyak WTI jatuh mendadak selepas data ini dikeluarkan.

Minyak Brent (Brent-oil) turut menjunam sebentar tadi dari $48.82 setong sehingga $47.09 setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat