Matawang euro jatuh lebih rendah pada Rabu susulan laporan yang menyatakan kerajaan Perancis akan melaksanakan semula penutupan (lockdown) di seluruh negara untuk mengekang penularan wabak coronavirus.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron dikatakan akan mengumumkan kepada negara mengenai perkara tersebut pada hari Rabu.
Sementara Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pula berkata masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada lebih banyak langkah diperlukan untuk menangani isu ini, tetapi menambah bahawa penutupan seluruh negara sedang dipertimbangkan.
Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengatakan bahawa Eropah kini menjadi ‘pusat baru’, berikutan kebanyakan negara melaporkan kes rekod harian, melebihi angka yang dilaporkan pada bulan Mac dan April.
Dolar greenback kembali meraih pengukuhan berbanding kebanyakan matawang utama lain ketika awal sesi Asia setelah merosot pada sesi sebelum ini dengan indeks dolar didagangkan meningkat 0.1% pda 93.14.
Pelabur kini bersedia untuk perdagangan yang lebih tidak stabil di pasaran matawang berikutan wabak coronavirus sekali lagi menular dengan cepat di Eropah, UK dan Amerika Syarikat yang mana ia pastinya mengancam pertumbuhan ekonomi.
Selain itu, pilihan raya presiden AS pada minggu depan juga akan mempengaruhi ketidakstabilan dalam pasaran.