Sebab Nak Beli 2 Kripto Ini, Lelaki Ini Sanggup Jual Cardano!

1,062

“Boleh percaya ke? Entah-entah nanti tak beli pun.”

Susulan Dogecoin (DOGE) dan Shiba Inu (SHIB) adalah antara memecoin terbesar dan paling popular, pengguna awal Bitcoin (BTC) bernama Davinci Jeremie berhasrat menjual Cardano (ADA) untuk membeli kedua-dua aset digital itu.

Jeremie yang terkenal kerana bertindak menyiarkan video di YouTube beliau pada tahun 2013 untuk menggesa banyak individu membeli BTC dilaporkan melabur dalam beberapa kripto seperti BTC, ADA, DOGE, SHIB, Ethereum (ETH) dan Litecoin (LTC).

Pada awal tahun ini juga, Jeremie telah menulis “$SHIB” dalam akaun Twitter miliknya semasa menjawab kenyataan seorang pengguna platform media sosial itu yang menanyakan kepada komunitinya kripto apa yang patut dibelanjakannya.

Walaupun beliau berkata akan menjual pegangannya dalam ADA untuk membeli DOGE dan SHIB, perlu diingatkan bahawa ia mungkin hanyalah gurauan semata-mata bagi memberi keterujaan kepada masyarakat.

Meskipun begitu, harga memecoin tersebut berpotensi untuk melonjak tinggi sekiranya Jeremie serius dalam bertindak sedemikian, di mana jangkaan beliau sebelum ini tentang kenaikan harga BTC adalah tepat.

Umum mengetahui bahawa prestasi ADA lebih memberangsangkan berbanding SHIB ataupun DOGE, tetapi SHIB sejak kebelakangan ini sedaya upaya mengembangkan lagi ekosistemnya dengan melancarkan Shibarium.

Setakat penulisan ini, harga SHIB melonjak sebanyak 0.48% pada paras $0.000009943 dalam tempoh 24 jam lalu namun masih mengalami penurunan 4.38% sepanjang minggu lepas manakala DOGE pula tergelincir 0.15% pada $0.07839.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat