Sebelum Mula Trade, Lihat Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran

627

Dolar Amerika didagangkan stabil pada sesi Asia, ketika matawang yen terus terbenam ke paras terendah terbaru tiga tahun kerana pasaran berpendapat kenaikan harga tenaga akan mendorong Jepun meningkatkan permintaan untuk greenback.

Kelemahan matawang yen telah membantu US dolar untuk meneruskan pengukuhan berbanding pesaing utamanya, walaupun dolar Aussie mendapat manfaat daripada kenaikan harga tenaga dan bijih besi.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan pada 94.40, tidak jauh dari paras tertinggi satu tahun yang dicapainya pada akhir September pada 94.50.

Penganalisis berpandangan kenaikan harga semasa telah mempengaruhi yen sebagai pengimport tenaga bersih, di mana peningkatan harga tenaga secara efektif adalah cukai ke atas penggunaan.

Dalam pada itu, dagangan matawang yen juga sensitif terhadap hasil bon AS 10 tahun yang naik ke paras tertinggi 4 bulan pada 1.61%, menyebabkannya terus tenggelam lebih rendah.

Dolar Aussie mendapat keuntungan daripada kenaikan harga komoditi dan pembukaan semula bandar terbesar Sydney yang diharapkan dapat meningkatkan semula aktiviti ekonomi di negara itu.

Kiwi juga meningkat, tetapi kenaikan yang dicatatkan sederhana memandangkan New Zealand masih lagi terhimpit dengan ketidakpastian coronavirus yang kembali menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, euro didagangkan susut ketika pelabur menantikan penerbitan data sentimen ekonomi Eropah tinjauan ZEW pada sesi Eropah hari ini. Pound juga merosot dengan tumpuan pelabur kini terarah pada data pekerjaan UK pada petang ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat