SEC Gagal Buktikan XRP Adalah Sekuriti!

1,644

“Agaknya bila la kes XRP nak selesai, penat dah tunggu ni.”

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) sehingga sekarang masih belum dapat membuktikan mata wang kripto Ripple (XRP) adalah sekuriti, kata seorang pakar undang-undang aset digital.

Selain beliau, peguam dan penyokong XRP bernama Jeremy Hogan telah mengemukakan sebab beliau percaya SEC gagal membuktikan aset digital tersebut sebagai sekuriti kepada 263,300 pengikutnya di Twitter.

Hogan mengatakan SEC telah menyaman XRP pada akhir tahun 2020 atas kesalahan menjual aset digital tersebut sebagai sekuriti tidak berdaftar, namun pada 2023 pengawal selia tetap tidak dapat mengemukakan kenyataan kukuh.

Dalam kes tuntutan mahkamah terhadap XRP, SEC gagal berhujah bahawa terdapat kontrak pelaburan tersirat ataupun eksplisit sebaliknya secara berterusan menyatakan perjanjian pembelian adalah buktinya.

Ulas lagi daripada Hogan, XRP sepatutnya tidak wajib untuk melakukan kontrak pelaburan kecuali memindahkan aset, namun pelaburan seperti membeli satu auns emas sama sekali perlu mempunyai kontrak tersebut.

Tambahan itu, kewujudan undang-undang sekuriti bukanlah untuk menghalang pelabur daripada membuat keputusan tidak baik malah memerlukan syarikat membuat pendedahan tertentu tentang kontrak yang dimeterai oleh pembeli.

Perlu diingatkan isunya bukanlah mengenai XRP gunakan wang daripada penjualan aset digital itu untuk membiayai perniagaannya, isunya adalah sama ada SEC telah membuktikan jika terdapat kontrak tersirat atau eksplisit antara pembeli XRP dan Ripple Labs berkaitan perlaburannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat